spaceship passenger

Thursday, January 26, 2012

Review komik Super-nur #1 oleh Zucafly Awang

text adalah copy paste dari tempat asal review ini ditulis iaitu di forum Pergh.com

"Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

reviu novel grafik buah tangan sulung Hariszzz , Novel grafik ini, adalah terbitan Buku Prima dalam projek terdahulunya Comix21 Karangkraf. (hampir terbengkalai, syukurlah penulis dan pelukis komik ini tidak berputus asa). Penerbitan novel grafik menjadi kenyataan dan telah dijual di Pameran dan Jualan Buku Karangkraf di Shah Alam baru-baru ini dan telah masuk ke pasaran di rangkaian MPH dan kedai-kedai buku lain. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150502276521253&set=a.10150214760196253.358408.194151381252&type=1&theater


Supernur #1, sebuah novel grafik dalam warna warni ini dihasilkan oleh Haris Norman Harizan, juga seorang ahli pergh.com secara "one-man show", kebiasaan yang diamalkan pelukis-pelukis Malaysia. Secara umumnya, sasaran novel grafik ini ialah untuk bacaan semua peringkat. Persembahannya yang bersahaja dan santai.

Kalau di Marvel/Darkhorse/DC, mereka ada Supergirl, Batwoman, Wonderwoman dan ramai lagi adiwira wanita/perempuan. Barangkali atau mungkin dengan penerbitan Supernur#1 ini akan membuka wadah adiwira perempuan lokal yang mempunyai kuasa luarbiasa. Tahniah kepada penerbitan novel grafik ini, dengar khabar pelukisnya sedang mengusahakan Supernur #2 untuk terbitan awal tahun 2012 ini. Syabas kepada Buku Prima setelah berjaya menerbitkan Saga, Burger dan 2 buah novel grafik lain (lupa judulnya, sorry ya.)

Hariszzz, ternyata gigih berrmula dengan threadnya (di Pergh.com) Tekonologi Larangan. Pada awalnya, beliau seakan terpengaruh dengan gaya Puppeteer dan lama-kelamaan telah terhasil gayanya sendiri. Pembeli pasti tidak kecewa kerana Super Nur #1 turut menampilkan karya fanart/poster digital Zamzami, Zyien Zein, Ryohana ML dan Pa'an Artcreative."

1 comments:

Kalamtimur said...

thanks for the paste up.