spaceship passenger

Monday, December 5, 2011

Super-Nur #1 panasssss!

Assalamualaikum rakan blogwalkers! fuh baru sempat update blog..

ada yg datang ke Fiesta Buku Karangkraf baru-baru ini tak? ramai orang borong buku woooo!

Saya hanya berkesempatan datang sebagai pelukis komik pada hari kedua Fiesta Buku Karangkraf iaitu pada sebelah petang hari Sabtu. Pada hari ahad last day event saya datang sebagai pelanggan bersama keluarga. hari itu jugalah saya migraine dan my doter lak meragam (diserang demam rupanya). tak berpeluang nak jumpa abg RAM dan mintak otografnya.

so, saya nak share cerita hari Sabtu... hari di mana saya join staf Karangkraf menjual buku.
Dimaklumkan kepada saya bahawa komik Super-Nur telah mula dijual sejak hari pertama lagi iaitu di sebelah petangnya. ketika saya tiba di meja, komik Super-Nur dah tinggal kurang sepuluh naskah saja lalu terus ditambah lagi. Saya sengaja pulang lewat sampai masa closing di mana masih ada lagi pelanggan yg mencari buku untuk di beli. Gembira betul bila menyaksikan komik Super-Nur saya habis di depan mata sendiri. Syukur Alhamdulillah...

Paling menggembirakan saya ialah komik Super-Nur dibeli oleh kanak-kanak seawal umur 6 tahun! terharu bila melihat salah seorang bapa mengambil komik Super-Nur kemudian mengambil beberapa buku cerita kanak-kanak lalu diberi kepada anak kecilnya itu "Nah ni buku-buku adik!" -bapa yang hebat! mungkin dia tahu anaknya ada bakat melukis dan bakal menjadi kanak2 yg terer melukis. Ada ibu yg membeli komik Super-Nur untuk dijadikan bahan bacaan serilex yg mungkin untuk anaknya yg baru saja tamat menghadapi SPM- ibu yg hebat! Ada juga nenek yg membeli komik Super-Nur untuk dihadiahkan kepada cucu yg bakal bercuti bersamanya di kampung- Nenek yang Hebat! gembira dapat bertemu insan2 hebat di sana ^^

Terima Kasih dan Syabas buat staf2 karangkraf dan terima kasih kepada pembeli2 komik Super-Nur di sana! ^^ komik Super-Nur dijangka memasukki pasaran bulan depan Insya Allah..



komik Super-Nur menyertai barisan komik-komik Karangkraf ^^

6 comments:

Aujinz said...

dah keluar ke bro?.. kedai kedai buku ade tak??..

Hariszzz said...

ye dah keluar! cuma belum diedarkan di kedai2 buku tempatan.

Zeeqa ~ Ajie said...

TAHNIAH!! :)

HARIS NORMAN HARIZAN said...

thanx zeeqa :)

iyka syafika said...

wah..klau anak buah nampak nie..mesti kecoh dye nk beli jugak..

namn78 said...

aisey... aku dah komen tadi, tapi lupe nak log in ... blog dah berkapuk...
apepun ... tetap menten muke jawa... hahahaha