spaceship passenger

Saturday, January 28, 2012

2 hari yg Hapening di Shah Alam! Jom!




Super-nur selaku ahli keluarga baru Grup Buku Karangkraf turut memeriahkan acara :)

event sangat best ada auto show lagi! famili lak nak ikut.. tapi aku tgh berhempas pulas membikin sequel #2 Super-nur. masa membikin komik adalah keutamaan. so aku akan datang sendirian sekadar utk memenuhi slot je... oh rindunya aku kat sesi tidur yg panjang disertakan dgn mimipi2 indah hahaha.. ohh..

Thursday, January 26, 2012

Review komik Super-nur #1 oleh Zucafly Awang

text adalah copy paste dari tempat asal review ini ditulis iaitu di forum Pergh.com

"Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.

reviu novel grafik buah tangan sulung Hariszzz , Novel grafik ini, adalah terbitan Buku Prima dalam projek terdahulunya Comix21 Karangkraf. (hampir terbengkalai, syukurlah penulis dan pelukis komik ini tidak berputus asa). Penerbitan novel grafik menjadi kenyataan dan telah dijual di Pameran dan Jualan Buku Karangkraf di Shah Alam baru-baru ini dan telah masuk ke pasaran di rangkaian MPH dan kedai-kedai buku lain. https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150502276521253&set=a.10150214760196253.358408.194151381252&type=1&theater


Supernur #1, sebuah novel grafik dalam warna warni ini dihasilkan oleh Haris Norman Harizan, juga seorang ahli pergh.com secara "one-man show", kebiasaan yang diamalkan pelukis-pelukis Malaysia. Secara umumnya, sasaran novel grafik ini ialah untuk bacaan semua peringkat. Persembahannya yang bersahaja dan santai.

Kalau di Marvel/Darkhorse/DC, mereka ada Supergirl, Batwoman, Wonderwoman dan ramai lagi adiwira wanita/perempuan. Barangkali atau mungkin dengan penerbitan Supernur#1 ini akan membuka wadah adiwira perempuan lokal yang mempunyai kuasa luarbiasa. Tahniah kepada penerbitan novel grafik ini, dengar khabar pelukisnya sedang mengusahakan Supernur #2 untuk terbitan awal tahun 2012 ini. Syabas kepada Buku Prima setelah berjaya menerbitkan Saga, Burger dan 2 buah novel grafik lain (lupa judulnya, sorry ya.)

Hariszzz, ternyata gigih berrmula dengan threadnya (di Pergh.com) Tekonologi Larangan. Pada awalnya, beliau seakan terpengaruh dengan gaya Puppeteer dan lama-kelamaan telah terhasil gayanya sendiri. Pembeli pasti tidak kecewa kerana Super Nur #1 turut menampilkan karya fanart/poster digital Zamzami, Zyien Zein, Ryohana ML dan Pa'an Artcreative."

Wednesday, January 18, 2012

Monday, January 9, 2012

Super-Nur di hatimu...

Assalamualaikum

saya teramat sibuk sejak hari pertama tahun 2012... dalam kesibukkan datang sebuah berita yang menggegar jiwa membuat hati berhenti bersuara... hanya langkah meniti detik munju harinya yang mampu dilaksana... syukur alhamdulillah.. semoga semuanya berjalan lancar. Insya Allah..



doakan semuanya berjalan lancar ya ^^

Friday, December 30, 2011

Super-Nur di Melaka~

komik super-nur#1 boleh didapati di kedai Thai Kuang dan MPH Mahkota Parade. Rakan seperjuangan saya iaitu Afanil telah berjaya mngurangkan jumlah stok yang ada di sana. yey!



lihatlah! kecomelan kyra- puteri sulong kepada afanil ini terserlah dengan komik super-nur berada dalam dakapanya~

Tuesday, December 20, 2011

Super-Nur #1 sudah berada di pasaran!

Sayembara pertarungan Super-awek sopan VS Super villain yg seksi kini boleh disaksikan di seluruh negara! anda boleh cekidout di kedai2 buku di tempat anda.

Putrajaya
Saya sendiri dah cek kat MPH Alamanda ada dalam 20 naskah! cuma kedudukkanya di rak paling bawah di section 'comic' yg mana ia agak tidak wajar untuk komik yang sangat baru di pasaran.. ketika saya membuat cekidaout tiada seketul dua pun yg diletakkan kat rak 'New arrival'... Novel tempatan menguasai rak itu! takde pulak kat rak 'New arrival tu ditulis 'novel sahaja' yg sepatutnya membawa makna semua buku patut berada di situ utk satu tempoh.. Ini menunjukkan manager atau Pengurusan MPH Alamanda sangat2 lame brain, mentaliti cikai dan tidak peka atau simply bersikap double standard. di section 'comic' Komik Gempak starz mendominasi rak. itu takde hal la sebab tajuk dah memang banyak atau mungkin juga Gempakstarz dah deal dgn MPH.

Kuala Terangganu
kenalan penggiat komik saudara Zucafli Awang telah mengesahkan (dengan membeli^^) ada beberapa naskah di tempat beliau. the best part is- 10% discount utk komik ini! berikut adalah gambar kedai yg aweksome itew :D


bagaimana pula kedai buku di tempat korang? komik Super-nur#1 ada ke takde di sana? share di ruang komen okey!